SELAMAT MELANGKAH TAHUN 2012! BUAT SEMUA SAHABAT…
Pagi ini merupakan pagi yang pertama 2012. Mari kita selak & semak apa sebenarnya yang telah kita capai pada tahun 2011 yang baru beberapa jam berlalu. Tentu ramai yang seronok bila lihat angka 2011 berubah ke 2012. Seluruh dunia meraikannya, tak kurang juga yang sedih meninggalkan 2011 yang terpahat dengan 1001 kenangan suka & duka. Apa pun alasannya masa tetap berjalan, walau ada yang tidak gembira dan hati tidak suka…
Saya yakin seperti tahun -tahun yang sudah, pasti ramai yang teruja menyambut tahun baru 2012 ini dengan list azam baru yang bakal dikejar nanti. Namun ramai juga yang lupa senarai azam tahun yang baru saja berlalu, adakah semuanya telah tercapai? Ada juga di kalangan kita sibuk bertanyakan kawan-kawan & rakan sekerja apakah azam tahun baru yang bakal ditempuh nanti. Sebaiknya kita saling mendoakan antara satu dengan yang lain agar azam baru tersebut menjadi kenyataan & mampu direalisasikan.

Jom masing – masing kita tanyakan diri sendiri….
Perlu ke kita ‘set’ kan azam baru untuk tahun baru?
Mungkinkah kerana ianya tradisi setiap kali menyambut tahun baru?
Atau mungkin kerana ingin melupakan segala kekecewaan & kegagalan di tahun lepas yang baru saja berlalu?
Mari kita sama-sama meluangkan sedikit masa untuk berfikir tentang soalan di atas… demi manfaat kita bersama…
Hakikatnya, majoriti daripada kita tidak melunaskan janji yang telah kita buat pada tahun sebelum ni… Hanya berapa peratus sahaja yang berjaya merealisasikan azam [ada tahun-tahun sudah, SYABAS! saya ucapkan… Anda memang HEBAT! Bagaimana dengan yang lain? Adakah azam tahun ni merupakan azam yang betul-betul baru atau azam yang berulangkali disenaraikan semenjak beberapa tahun sebelum ni? Azam yang sudah lapok tapi masih ditagih untuk dilaksanakan…
Banyak faktor yang mengundang kegagalan azam untuk dicapai… antaranya berazam dengan sesuatu yang agak mustahil & terlalu tinggi. Natijahnya nanti, azam hanya akan tinggal azam. Namun, ianya tidak bermakna kita tidak perlu berambisi tinggi atau berimaginasi mencapai sesuatu yang hebat. Jika anda seorang pelajar jurusan teknologi maklumat, janganlah sampai berazam untuk menjadi arkitek. Ukurlah baju di badan sendiri.
Satu lagi antara punca kita gagal mancapai azam yang dirancang adalah kerana terlalu banyak perkara yang hendak digapai, sampai tidak tercapai dek tangan. Alangkah bagus jika senaraikan hanya beberapa perkara untuk dicapai dalam masa tertentu & segera melakukan sesuatu untuk merealisasikannya… kemudian bila tercapai, ‘set’kan azam yang seterusnya… ‘simplicity’ dalam melakukan sesuatu amatlah penting. Ianya akan merehatkan minda & meningkatkan fokus terhadap sesuatu yang ingin dilaksanakan. Akhirnya hasil amat memuaskan, azam akan mudah dicapai satu demi satu…
Dalam berazam, pastikan ianya bukan hanya untuk kepentingan diri semata-mata, tetapi demi manfaat buat umat keseluruhannya… Kita sebenarnya khalifah Allah untuk memakmurkan bumi ini. Pastikan hasil dari azam kita dapat dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya. Paling kurang pun, ia memberi bermanfaat keluarga & jiran tetangga. Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
”Orang yang paling dicintai Allah Ta’ala adalah orang yang paling banyak bagi manfaat untuk orang lain. Amal yang paling dicintai Allah ”Azza wa Jalla adalah memasukkan kegembiraan ke dalam hati seorang muslim, menghilangkan kesulitannya, melunasi hutangnya, atau mengusir rasa laparnya.” (HR. Thabrani)
Berazamlah untuk manafaat diri & masyarakat keseluruhannya, semoga hidup lebih diberkati & sentiasa di bawah naungan Ilahi. Wallahu’alaam…
Walaahu’alam Bissowab.